Tuesday, April 23, 2013

Dress ni memang bikin stress

Assalamualaikum.


Tangan aku ni memang gatal tak reti nak duduk diam. Hari hari mesti nak godek godek online shop semata-mata nak cuci mata tengok baju lawa lawa tu. Nampak? cuci mata aje. Over tau uolls. Lepas puas cuci mata nanti stress sendiri sebab tak dapat nak grab satu pun. Wakakaka. Padan muka dekat diri sendiri. 

Tadi aku saja saja lah nak bukak internet, mula ingat nak tengok youtube aje, konon nya lah. Bosan aku dah melampau lampau ni. Mama aku ajak pergi wedding tak nak, bukan apa der, aku nak pilih baju pun aku pikir 2,3,4 kali cantik ke tak cantik, padahal bukan aku yang nak kahwin pun. Cehh! dah malas sangat terus tak pergi. Haaa. Win. Wakaka. Okay lepas aku bukak google, tapi aku tertaip benda lain pulak, eh eh saja lettew sebenarnya alasan aje nak bukak youtube tu kan. Alolo. Tetiba.

Haa nak dijadikan cerita, aku taip lah blog blog. Of course lah bila kau taip blog haa keluar semua nama bloggers famous famous tu. Terus lah aku klik dekat blog My Amethyst. Kau tak kenal owner dia yang lawa gila sampai rasa nak menangis tengok, kau boleh google sendiri. Malas noks nak cakap. 

Then aku dah bukak tu, sekali aku tengok apehal dia punya satu dress ni kemain lawa sampai terbuntang mata aku tengok. ktipu. Kau memang bab gebang boleh menang anugerah. Wakaka. Biasalah kalau hijabista, fashionista, honeystar (eh) macam ni, dia leave link bawah tu. Nak dijadikan cerita lagi, (sebenarnya bila aku nak masuk cerita sebenar ni) aku pun terus lah klik dekat link mana dia beli baju lelawa macam tu. Teringin lah nak beli satu mana tahu bila pakai terus jadi lawa. Cewahh!

Alaa biasalah perempuan kan fashion baru sana sini semua nak try. Aku pun mengada-ngada lah nak ikut sama. Ciss! bajet macam duit dalam poket kepuk kepuk hari hari nak beli fashion lain lain. Lempang kang apa pun tak dapat. Kekeke. Korang nak tahu, aku pun tak paham lah kenapa baju dekat website tu memang lawa lawa ke atau psychology aku je kata lawa so that aku kena beli. Hikhik.

Serious wa cakap lu, baju dia memang umphhh! lagak gaya macam kau minum kopi dekat tepi pantai ditemani lelaki berbadan ketang macam Channing Tatum, kau rasa macam homaigod! haa macam tu lah. Tak percaya, nak aku kasi kau tengok koleksi baju baju ni. Superb! korang jangan menangis tetiba salahkan aku pergi tayang baju lelawa ni, siapa suruh baca blog aku. Wakakakaka







Cewah ada tak yang histeria tengok baju lelawa ni. Muehehe. Oh before aku terlupa nak cakap, semua ni handmade tau, so memang selesa lah aku cakap. Macam mana aku tahu, sebab aku baca lah, aku pun tak terbeli lagi tau. Haa. So those yang tetiba terasa nak belikan untuk aku, hikhik, so boleh lah google terus website yang tertera aku bagi, or maybe nak terus ke boutique pun boleh. Haa sila sila.



EDZ boutique



No 50-1, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor.

GPS: 2.963656,101.763053 

Open daily including public holidays from 10am to 7pm

EDZ team
Tel : +6013-6784012 
Tel: +603-89123410



P/s : Semangat gila aku promote. Kahkah!  Selamat bershopping.