Saturday, February 23, 2013

Seharian di mall

Assalamualaikum


Sekarang ni kan aku tengah cuti semester. Lagi beberapa hari aje nak bermanja dekat rumah lepas tu dah kena balik kolej balik. Aaaaa tetiba terasa stress bila pikir nak pergi kelas hanya sebab kena daki tangga yang punyalah tinggi macam batu cave tangga dia baq ang! weii masalah satu ni sebab tangga tu buat ketiak aku berpeluh, bila berpeluh mula lah aku nak rasa tak selesa bagai. Ciss! hilang keayuan dan kewangian aku kejap. Kejap aje lah lepas tu aku sembur balik baby johnson punya cologne tu. Tu lah function dia bawak pewangi dalam beg. Terus boleh sorok segala 'kekurangan'. Wakakaka!


Tapi tu bukan benda aku nak cerita sebenarnya, saja aje bagi intro pepanjang. Sebenarnya aku nak cakap semalam aku pergi tengok wayang *itu pun nak cerita* mestilah! sebab cerita aku tengok semalam haa cerita tu ada dua, so aku nak jugak cakap sebab ada satu tiket tu aku beli memang aku rasa nak %#&*@% lah. Itu bukan mencarut, tu cuma luahan perasaan. Kekeke.


Disebabkan dah lama tak keluar dengan perangai aku yang suka terperuk dalam rumah aje, so semalam aku pun keluarlah dengan kawan aku deder ni. Tak pergi jauh mana pun, setakat dekat sunway aje sebab nak tengok wayang aje kan. So kita orang bergerak lah dalam pukul yakni 2.15 lah sebab aku lambat. Ekeke. Ye lah janji sepatutnya 1.30 petang, tapi masa tu aku tergedik gedik baru nak mandi, lepas tu aku solat zohor, selesai solat tup tup kawan aku dah sampai. Memang kelam kabut pulak cter dia.


Nasib lah aku ni bukan wanita melayu terakhir sangat, nak tepek muka sana sini, haa kalau tak naya lah mau nya kawan aku tunggu berjam jam. Then dah gerak semua, bila sampai memula kawan aku lah dia nak tengok cloud atlas. Superb jugak cerita tu, tengok iklan tertampal macam superb, so aku assume superb lah. Kekeke. Last last tak jadi sebab gilaa kau, datang pukul 2.45 macam tu, dah lah cerita tu malam. Celah mana pulak nak tengok kan. So we are decided to tengok cerita Beautiful creatures yang nak sangat aku tengok tu.




Handsome oiiii. Tergoda aku.



Dalam hati berjoget dah sebab sebenarnya aku dah decide awal pun nak tengok cerita tu, sekali tertunai memang double joget lah. Wakaka. Kecewa lah kawan aku sorang ni sebab nak tengok cloud atlas tak tertunai. Sekali bila dah pusing nak keluar tu ingat nak cari makan kejap sebab movie start 4.30 kan, tetiba kawan aku patah balik cakap nak beli tiket lagi lah nak tengok movie melayu kerat 14 tu. Iolls pun okay aje noks.


So end up tak jadi lah makan sebab movie tu pulak pukul 3.30. Kita orang beli tiket pun pukul berapa dah. Dengan muka ala ala hulk kelaparan, so beli sushi then terus masuk wayang. Andddddddd! guess what? weh kamon lah jangan pikir aku jumpa artis dalam tu, memang tak der memang tak. Kehkehkeh. Korang nak tahu tak aku rasa movie kerat 14 ni movie paling TAK BEST pernah aku tengok. Wei aku rasa nak menangis bergolek, bukan sebab cerita tu sedih tapi sebab aku rasa tak berbaloi beli tiket tu. Memang tak mahal takat rm10 tapi kalau buat beli auntie's anne memang kenyang perut aku. Kecewa aku! T_T








Tapi sebab dah beli kan, so tengok aje lah sampai 10 minit terakhir, kita orang keluar awal for the next movie. Disebabkan aku paling excited nak tengok movie nie, so aku expect more lah kan. Lepas aku dah tengok, what can I say, memang movie ni awesome kebabom wa cakap sama lu. Best weh beautiful creatures ni. Memang best! aku rasa nak tengok banyak kali, tapi sebab aku ni berjimat cermat orangnya,  kahkah! so aku tengok sekali aje lah.



Dasar pemalas. Print screen aje. Kekeke



P/s : Kenapa aku rasa macam tak pernah tengok pelakon ni, ke atau aku ni jenis noob gila, entah entah pelakon ni memang famous ke. Zzzzzzz!

Sunday, February 17, 2013

Perempuan dan baju

Assalamualaikum


Disebabkan hari ni aku penat gila, padahal tak buat apa pun dekat rumah tapi kekonon mengada nak exhausted bagai. Ciss! so aku malas nak taip pepanjang. Tapi seperti sedia maklum perangai aku yang suka sangat main internet ni, aku pun tergoogle benda ni. Gilaa aku rasa nak meraung melalak sekarang. Aku cuma mampu berdoa ada orang baca blog aku ni lepas tu tolong belikan aku benda ni, lepas tu esok esok tup tup aku dapat barang dari abang pos laju. Hohemji! kenapa aku berangan tinggi sangat ni. Boleh lempang sekarang. Kekeke



lawa kan, Kalau aku pakai mesti double lawa. Kekeke

Boleh menangis tengok. wuuu

Ni amacam? model paling lawa. Kahkah


Haaaa percaya tak sekarang kenapa aku rasa nak melalak? Korang tengok lah baju laces dengan kain plain yang super duper menarik tertarik debomb tu. Aku dah la jenis tak boleh tengok laces. Kalau aku tengok je mesti aku pun berangan nak pakai macam ni. Perasan nanti akan jadi cantik macam ni jugak. Ciss! suka buat aku berangan lelebih. Salah siapa? salah model ni sebab lawa sangat. Kekekeke

Aku suka sangat. Jadi macam aku cakap, aku hanya mampu berdoa ke hadrat illahi kalau ada hamba Allah tersesat masuk blog aku lalu terbaca entry ni, aku mohon dengan sepuluh jari tolong lah belikan aku baju ni. Wkwkwkwk. Itu lah mengada nak pergi klik sana sini, sekali keluar yang cantik cantik haa sibuk nak jugak, padahal takde duit, buat lah cara takde duit. Tsk Tsk. Kenapa lah aku ni berperasaan seperti perempuan tulen yang begitu berambang mata tengok benda cantik. Hihi

Agak agak terasa nak belikan untuk aku, haaa bukak blog ni okay. Lepas tu buat lah apa yang patut. Kahkahkah.


By Fatin Suhana



P/s : Buat owner baju tu agak agak nak bagi aku free pun aku rasa berbesar hati dan berlapang dada. Cewahh! ayat manis gitew.

Saturday, February 16, 2013

Proses kelahiran semula

Assalamualaikum


Mungkin ramai yang kenal, ramai jugak tak disebabkan aku ni bukan famous pun siapa je nak baca blog ni. Gaya cakap macam beribu raban followers aje. Kekeke. Okay sebenarnya aku pernah buat blog sebelum ni lah kan. Tapi aku dah delete blog sebelum ni sebab aku rasa gaya penulisan aku macam tak matang aje. Macam lah sekarang ni dah matang sangat. Macam mak mak sangat lah gaya cakap kau ni emira. Lempang diri sendiri. 

Alah kalau korang tengok tajuk blog ni pun bajet bajet aje kan. Ye aku tahu, tak payah cakap sebab aku dah cakap sendiri. Cehh! Mesti pelik tetiba aku delete blog lama lepas tu nak buat balik blog baru. Semua ni memang poyo aje, stick aje lah dekat blog lama kan. Tapi sebab aku ni punya lah malas. Lagi malas dari badak tu, kalau badak tu reti baca then baca blog aku ni, memang satu keturunan dia lenyek aku. 

Aku malas lah nak edit sana sini. So senang cerita aku buat aje lah blog baru. Buat apa nak susah susah kau edit edit kan, kita ni biar melayu tapi jangan bodoh. Eh nak emo emo pulak tetiba mentang mentang pilihan raya nak dekat, mula nak masuk unsur patriotik pulak. Kau ni apehal emira suka menyesong dan menyesatkan bila nak cerita. Diam!

So itu lah, aku bercerita pung pang pung pang ni sebenarnya followers pun takde. Kahkah! sedih betul rasa. Memandangkan aku rasa macam bersendirian sekarang, ececeh! aku hiburkan lah diri dengan lagu ni. Kelakar gilaa, comel pun. Tapi best.




P/s : sekarang ni semua artis memang lahir dari youtube, bukan dari perut mak sendiri dah. Eh. Sekian